UMNO persembah Surat Akuan Tambahan kepada Agong - Utusan Malaysia

UMNO persembah Surat Akuan Tambahan kepada Agong

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan telah mempersembahkan Surat Akuan tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Menurut beliau, ia adalah surat akuan sebagai lanjutan warkah terdahulu.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos lalu bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah.

“UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada September,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan beliau telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai lalu bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN