UMNO, Bersatu dan Pas masing-masing mengadakan mesyuarat khas - Utusan Malaysia

UMNO, Bersatu dan Pas masing-masing mengadakan mesyuarat khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejurus selepas keputusan peletakan jawatan an Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, parti-parti politik mengadakan mesyuarat masing-masing secara berasingan bagi membincangkan langkah seterusnya.

Antara parti politik yang disahkan mengadakan mesyuarat khas adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas.

Bersatu misalnya mengadakan perbincangan pada pukul 5 petang ini membabitkan pimpinan parti itu di sebuah lokasi di Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.

Sementara itu UMNO menerusi Biro Politiknya turut mengadakan mesyuarat di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) petang ini bagi membincangkan hala tuju parti dan perkembangan politik tanah air.

Selain itu, Pas selaku salah satu komponen Perikatan Nasional (PN) juga dijangka mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil rakyat mereka petang ini.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan beliau menyembah warkah surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Namun Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN