Tujuh ditahan dipercayai terlibat kes bunuh pengawal keselamatan - Utusan Malaysia

Tujuh ditahan dipercayai terlibat kes bunuh pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah bilik hotel di Jalan Ceylon, Bukit Bintang, Sabtu lalu.

Mangsa berusia 28 tahun itu dilaporkan hilang oleh isterinya selepas gagal dihubungi sejak keluar dari rumah, Khamis lalu.

Isteri mangsa memaklumkan dia mendapat maklumat suaminya berada di sebuah apartment di Jalan Kuching, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, susulan itu polis menyerbu apartment berkenaan dan menyelamatkan empat lelaki dan seorang wanita yang dikurung dalam satu unit kediaman.

Katanya, siasatan mendapati kesemua individu terbabit adalah mangsa keldai akaun yang didalangi tujuh lelaki.

“Isteri mangsa memaklumkan seorang rakan suaminya membawa suaminya ke sebuah hotel di Jalan Bukit Ceylon sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mengesan lima lelaki dipercayai berada bersama-sama mangsa di dalam bilik berkenaan.

Jelasnya, susulan itu, polis menahan tujuh lelaki tempatan berusia 18 hingga 26 tahun menerusi dua serbuan di Jalan Kuching pada Sabtu lalu dan di Bangsar South semalam.

“Penahanan itu turut membongkar mangsa dijadikan keldai akaun oleh suspek untuk kegiatan penipuan mereka.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM24,901 serta beberapa barang seperti sepucuk pistol angin, telefon bimbit pelbagai jenama (31) dan kad bank (34),” katanya.

Tambah Azmi, semua tangkapan mendapat perintah reman selama enam hari bermula semalam hingga Selasa depan.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya