TPM, Khairy dan Adham tidak jadi melawat PPV - Utusan Malaysia

TPM, Khairy dan Adham tidak jadi melawat PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba tidak jadi hadir melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hari ini.

Ketiga-tiga menteri itu sepatutnya membuat lawatan di PPV DUKE R&R Plaza Tol Segambut di bawah Program Covid-19@WilayahPrihatin pada pukul 5 petang ini.

Namun, pihak komunikasi korporat mengesahkan bahawa ketiga-tiga menteri itu membuat keputusan untuk tidak hadir ke PPV tersebut.

“TPM dan semua menteri tidak akan datang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Keputusan itu mungkin ada kaitan dengan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi berhubung keabsahan kerajaan.

Beliau menegaskan, isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit setelah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkannya bahawa masih mempunyai kepercayaan majoriti pada masa ini.

Katanya, perkara itu dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda pada hari ini, meskipun terdapat lapan ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepadanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya