TPM, beberapa menteri mula hadir di Pejabat Perdana Menteri - Utusan Malaysia

TPM, beberapa menteri mula hadir di Pejabat Perdana Menteri

PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sehingga kini, sebanyak 11 kenderaan rasmi menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra, di sini sebentar tadi.

Antara menteri terbabit adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Kesemua menteri hadir untuk mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berkemungkinan membincangkan situasi semasa politik negara terutama intipati pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, sebelum itu.

Malah difahamkan, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas selepas mesyuarat Kabinet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.