TNB tawar 2,500 dermasiswa - Utusan Malaysia

TNB tawar 2,500 dermasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan 2,500 dermasiswa My Brighter Future (MyBF) untuk 2021 kepada golongan B40 tanpa ikatan yang keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1.2 billion, bagi tajaan melanjutkan pendidikan.

MAHDZIR KHALID

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka akan menerima tajaan pada tahun ini di mana bagi tahunan dengan setiap seorang di peringkat ijazah pertama adalah berjumlah RM10,000, diploma RM9,000 dan sijil pula adalah RM6,600.

Katanya, MyBF diberikan kepada pelajar tanpa permohonan dan proses temuduga malah tiada bayaran balik dengan calon kelayakan dipilih daripada pengkalan data Bahagian Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan padanan dibuat dengan keluarga yang tersenarai dalam sistem Bank Data Kemiskinan Nasional, eKasih.

“Dermasiswa MyBF adalah kerjasama TNB dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyelaras dengan mengenal pasti calon layak daripada keluarga berpendapatan rendah dengan membantu pelajar di tujuh universiti awam, politeknik dan kolej komuniti terpilih.

“Antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mahdzir, meskipun pandemik Covid-19 yang terus memberi kesan kepada semua sektor ekonomi bukan penghalang untuk TNB untuk tetap meneruskan tajaan dermasiswa, biasiswa dan pinjaman pendidikan boleh ubah TNB menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN).

Katanya, syarikat utiliti negara itu komited meneruskan tajaan untuk pelajar melanjutkan pendidikan mereka bagi menyokong usaha meningkatkan modal insan negara, selain membantu pelajar dari keluarga B40 keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Kami terpanggil untuk meneruskan tajaan terutama dermasiswa MyBF kepada pelajar daripada keluarga susah melanjutkan pengajian mereka di IPTA lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik Covid-19 yang masih berlanjutan,” katanya.

Jelas Mahdzir, sejak diperkenalkan pada 2018, lebih 5,000 pelajar telah pun menerima manfaat MyBF sehingga tahun 2020 menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan TNB memperuntukkan sebanyak RM66 juta.

Ujar beliau, YTN yang ditubuhkan pada 1993 telah pun membelanjakan lebih RM1.2 billion melibatkan peruntukan dermasiswa MyBF (RM66 juta), biasiswa (RM597 juta) dan pinjaman pendidikan boleh ubah (RM547 juta) kepada lebih 18,500 pelajar.

“Biasiswa dan pinjaman pendidikan boleh ubah dikhususkan untuk pelajar cemerlang dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan pengajian bisnes. YTN, ketika ini juga sedang mengenalpasti calon-calon pelajar yang berkelayakan bagi kedua-dua bentuk tajaan ini,” tambahnya.

Mahdzir juga berkata selain YTN, TNB turut membantu pelajar di peringkat pendidikan tinggi menerusi Yayasan Canselor UNITEN (YCU) khusus untuk pelajar-pelajar di Universiti Tenaga Nasional.

“Pada tahun ini YCU menyumbang sejumlah lebih RM772,000 bagi pembiayaan pelbagai program melibatkan, antaranya pembelajaran secara maya (virtual learning), penyelidikan pasca Covid-19 dan program sekolah angkat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya