Tindakan tidak bijak pembangkang mengecewakan - Utusan Malaysia

Tindakan tidak bijak pembangkang mengecewakan

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang berarak di Dataran Merdeka disifatkan tidak bijak kerana gagal memahami situasi di sebalik penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat yang dibuat ekoran penularan virus Covid-19.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, keputusan penangguhan persidangan itu dibuat selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), khususnya kemunculan varian Delta sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan kekecewaannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila terus bermain retorik dan politik dengan mengalakkan demonstrasi jalanan dan secara tidak langsung menunjukkannya gagal memahami fungsi undang-undang menerusi sikap dan perbuatan tersebut.

“Malah saya juga terkejut dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku pemimpin berkaliber apabila terlibat sama dengan Anwar. Beliau tidak harus merendahkan dirinya sama taraf dengan Anwar sedangkannya selama ini mengatakan Anwar tidak layak memimpin negara.

“Bagi Dr. Mahathir yang punyai sikap konsisten dan mempunyai satu sikap iaitu tidak membiarkan apa yang orang lain mahukan dan beliau akan berkolabrasi dengan sesiapa sahaja demi kepuasan egonya. Namun beliau tidak akan membiarkan sesiapa sahaja mengambil apa sahaja kejayaan dilakukan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

“Kita amat menghormatinya atas sumbangan terhadap negara. Namun dalam situasi Covid-19, kita perlu berganding bahu di belakang kerajaan dan bukannya terus mencetuskan suasana politik sehingga menimbulkan ketidakstabilan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ni.

Terdahulu, ahli-ahli Parlimen Pembangkang telah berarak ke Bangunan Parlimen dari Dataran Merdeka meskipun Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan dan mereka berbuat demikian kerana tidak dibenarkan memasuki premis Dewan Rakyat.

Antara yang terlibat adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Presiden Pejuang, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Dalam pada itu, Mohd. Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) menepis segala dakwaan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat menangguhkan sidang Parlimen kerana mempunyai tujuan lain sedangkan perkara itu adalah berlandaskan ketetapan Akta 342.

Katanya lagi, Sidang Khas Dewan Rakyat diadakan bertujuan untuk membentangkan dan memberi penjelasan berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada semua ahli Parlimen serta memaklumkan penamatan Ordinan Darurat setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak benar sama kali Perdana Menteri mengkompromi perlembagaan dan peraturan mesyuarat dewan. Malah persidangan khas ini ditangguh ke suatu masa yang dibenarkan oleh Akta 342,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya