Tindakan Idris sokong PN, UMNO Besut adakan mesyuarat malam ini - Utusan Malaysia

Tindakan Idris sokong PN, UMNO Besut adakan mesyuarat malam ini

IDRIS JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Bahagian Besut akan mengadakan mesyuarat malam ini susulan pendirian Ahli Parlimennya, Datuk Seri Idris Jusoh menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketuanya, Nawi Mohamad berkata, mesyuarat itu bertujuan membincangkan secara terperinci tindakan Idris yang bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT).

“Saya belum boleh mengulas lanjut kerana perbincangan akan dibuat dalam mesyuarat pada malam ini dengan ahli-ahli.

“Bagaimanapun, UMNO Bahagian Besut kekal patuh kepada keputusan MT menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri, jadi kita akan meminta beliau (Idris) akur kepada arahan sama,” katanya hari ini.

Semalam, Idris yang juga Pengerusi Felda menjelaskan keputusannya menyokong kerajaan PN adalah demi kebaikan rakyat sekali gus mengambil pendirian tidak mahu banyak berpolitik dalam situasi masyarakat sengsara dengan pandemik Covid-19.

Malah katanya, masa depan UMNO akan menjadi lebih baik jika terus bersama-sama dengan kepemimpinan Perdana Menteri.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu di Besut dan Hulu Terengganu sebelum penyandangnya, Datuk Rosol Wahid melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Idris yang bertanding atas tiket UMNO meraih 34,335 undi menewaskan pencabarnya, Ridzuan Mohamad Nor (Pas) dan Datuk Ir. Wan Nazari (PKR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN