TOKYO: Seorang lelaki telah melakukan serangan dengan menikam penumpang dalam kereta api komuter menggunakan pisau dengan alasan benci melihat wanita bahagia.
Dalam kejadian itu suspek dengan menikam 10 penumpang dalam kereta api tersebut sebelum ditahan polis.
Ketika ditahan, lelaki itu mengaku kepada polis bahawa dia benci dan marah melihat wanita yang “nampak bahagia”.
Polisi berjaya menahan lelaki berusia 36 tahun itu setelah dia menikam mangsa lain sekitar pukul 8.40 malam waktu tempatan.
Insiden itu berlaku dalam kereta api pada laluan Odakyu.
Sementara itu menurut laporan The Guardian, lelaki itu sempat melarikan diri dan membuang pisaunya.
Seorang saksi mengatakan, para penumpang panik dan bergegas keluar.
Saksi lain pula mengatakan bahawa dia melihat penumpang berlumuran darah keluar dari kereta api.
Tidak lama kemudian, puluhan paramedik dan polisi tiba di stesen.










