Tiada pengumuman khas Timbalan Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Tiada pengumuman khas Timbalan Perdana Menteri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada pengumuman khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan pegawai pejabat Timbalan Perdana Menteri berkenaan satu laporan portal mendakwa Ismail Sabri dijangka membuat satu pengumuman penting melalui sidang akhbar khas pada pukul 4 petang ini.

“Tiada sebarang pengumuman setakat saya tahu, jika ada saya maklumkan secepat mungkin, terima kasih,” katanya.

Terdahulu satu portal melaporkan Ismail Sabri dijangka membuat satu pengumuman penting melalui sidang akhbar khas pada pukul 4 petang ini berkenaan mengumumkan pendirian ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya difahamkan Ismail Sabri akan menghadiri satu program pemberian vaksin yang berlangsung di ibu negara pada pukul 5 petang nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN