Tiada patung lilin pemimpin komunis di i-City - Utusan Malaysia

Tiada patung lilin pemimpin komunis di i-City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan, tiada patung lilin pemimpin komunis China dipamerkan di Red Carpet, Muzium Lilin di i-City sebagaimana ditularkan sebuah blog, Khamis lalu.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan akhbarnya hari ini memaklumkan, pemeriksaan dan pemantauan di premis berkenaan juga mendapati ia ditutup sejak Mac tahun lalu disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP0 akibat pandemik Covid-19.

“MBSA telah mengadakan pemantauan di premis berkenaan dan mendapati tiada patung lilin pemimpin komunis China seperti yang ditularkan di dalam blog tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, MBSA memohon kerjasama daripada orang ramai supaya mendapatkan fakta yang tepat dan sahih sebelum menyiarkan sesuatu maklumat sama ada melalui platform media sosial atau media massa kerana ini boleh menimbulkan kekeliruan serta memberikan gambaran yang kurang jelas kepada orang awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN