Tiada laporan pendakwah terkenal terlibat pengubahan wang haram guna misi bantuan di Gaza - Utusan Malaysia

Tiada laporan pendakwah terkenal terlibat pengubahan wang haram guna misi bantuan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan dakwaan mengenai seorang pendakwah terkenal terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan sedia dijalankan sekiranya mempunyai sebarang laporan.

“Itu menjadi tanggungjawab kita (PDRM),” katanya ringkas.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan penglibatan seorang pendakwah mengenai kegiatan pengubahan wang haram.

Dakwaan itu dilemparkan susulan pendedahan mengenai terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu menggunakan misi bantuan di Gaza sebagai tempat melakukan aktiviti pengubahan wang haram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN