'Terima kasih semua, kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha besar ini' - Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Terima kasih semua, kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha besar ini’ – Ebit Lew

EBIT Lew menziarahi keluarga yang tinggal di dalam pondok buruk di Kajang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sayunya hati”.

Demikian luah Ustaz Ebit Lew ketika menziarahi sepasang suami isteri dengan dua orang anak remaja yang sudah enam bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api di Kajang.

“Kasihan mereka. Mak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara. Ujian mereka. Ayah bekas askar. Anak lelakinya 18 tahun kerja kutip sampah. Rajin orangnya. Tiada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), last belajar darjah enam. Saya tengok ic (kad Pengenalan). Alamat Kajang.

“Menangis melihat keadaan adik ni. Saya minta team ambil mak dan adiknya. Supaya semua dapat duduk semula kembali. Saya carikan rumah sewa untuk mereka. Insya-Allah kita akan bayar sewa bulannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin. Adik ni nak buat part time di situ,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, remaja berkenaan menangis gembira dan masih muda untuk dapat beri kehidupan baru buat keluarga.

“Kata saya, dulu saya tiada duit, keluarga saya susah. Sekarang Allah beri rezeki lebih sikit pada saya tapi mak ayah saya dah tiada. Adik syukur muda-muda kerana rajin Allah takdirkan kita berjumpa di sini. Adik tadi nak belajar solat dan lain-lain. Insya-Allah kami akan membantu. Doakan buat keluarga ini. Semoga Allah bantu mudahkan. Terima kasih semua masyarakat, badan kerajaan dan bukan. Terima kasih masjid dan Pusat Zakat. Terima kasih semua.

“Terima kasih yang bersama usaha ini. Terima kasih jiran masyarakat prihatin. Terima kasih semua. Kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini. Dengan pertolongan Allah juga. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya