Terima hakikat ini kerajaan kitar semula - Utusan Malaysia

Terima hakikat ini kerajaan kitar semula

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Semua pihak perlu menerima hakikat Kabinet baharu yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan kerajaan kitar semula.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, hal itu terjadi kerana kerajaan ‘Rakyat Malaysia’ yang ditubuhkan hari ini tidak mempunyai majoriti besar di Parlimen.

Katanya, situasi berkenaan tidak pernah dialami UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepanjang 61 tahun memerintah negara sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Setiap parti ada calon masing-masing untuk diketengahkan, namun kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

“Di sini kita memerlukan pengorbanan pemimpin untuk lebih fokus terhadap masalah rakyat termasuk isu Covid-19, ekonomi, pengangguran dan kes bunuh diri,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Bantuan Bekalan Air sumbangan Perdana Menteri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa barisan Kabinet Perdana Menteri menghampakan rakyat kerana nama-nama menteri dan timbalan menteri dilantik secara kitar semula daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Anwar berkata, nama-nama yang masih berada dalam Kabinet itu sebelum ini dikatakan gagal menggalas tugas sebagai menteri dan timbalan menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN