Terengganu sedia beralih ke Fasa 3 PPN awal September - Utusan Malaysia

Terengganu sedia beralih ke Fasa 3 PPN awal September

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu bersedia beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai awal bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jangkaan itu selaras dengan kadar 40 peratus vaksinasi yang bakal dicapai dalam masa terdekat.

Katanya, pemberian dua dos vaksin di seluruh negeri setakat kelmarin adalah 35 peratus.

“Kita mempunyai kurang lima peratus untuk ke angka 40 peratus sebagai salah satu syarat untuk mencapai fasa berikutnya.

“Kita menjangkakan dalam seminggu dua lagi jika bekalan dos vaksin sampai seperti yang dirancangkan, Insya-Allah kita mampu bergerak ke Fasa 3,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri meminta kerjasama seluruh rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan pembentukan kluster baharu di negeri ini.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan Terengganu dapat terus bergerak secara konsisten ke fasa pemulihan berikutnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa berbincang dan berunding dengan Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) agar jumlah bekalan vaksin sentiasa ditambah terutama dengan peningkatan varian Delta yang kini merekodkan sebanyak tujuh kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya