Terengganu belum laksana PPV walk-in - Utusan Malaysia

Terengganu belum laksana PPV walk-in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu masih belum melaksanakan inisiatif vaksinasi Covid-19 secara walk-in di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini.

Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, pemberian vaksin ketika ini masih lagi mengikut janji temu yang ditetapkan dalam aplikasi MySejahtera.

“Bagaimanapun, pelaksanaan vaksinasi secara walk-in ini akan dimaklumkan semula,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, tular kenyataan di aplikasi WhatsApp kononnya orang ramai boleh mendapatkan vaksinasi masing-masing secara walk-in bermula hari ini di PPV Taman Tamadun Islam (TTI). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN