Tempoh 100 hari: Setiap rakyat berhak dapat akses internet - Utusan Malaysia

Tempoh 100 hari: Setiap rakyat berhak dapat akses internet

ANNUAR Musa merakam kad pengimbas waktu sebagai simbolik memulakan tugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya. - FOTO FB ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiap rakyat di negara ini berhak mendapat akses kepada kemudahan internet kerana ia kini sudah dianggap sebagai keperluan hak asasi manusia.

Itu antara agenda utama yang akan diberikan perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sebagai salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) di kementerian baharunya.

Annuar berkata, internet kini dianggap sebagai hak asasi manusia dalam kehidupan sekarang justeru, ia perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

“Saya melihat anak-anak kita juga bergantung kepada internet untuk pembelajaran.

“Kita harus melihat perkara itu kerana kalau ia (kemudahan internet) tidak disediakan dengan sempurna, maka pembelajaran anak-anak akan terjejas,” katanya dalam sidang akhbar selepas melapor diri di kementerian baharunya, hari ini.

Beliau juga akan duduk berbincang dengan operator telekomunikasi di negara ini supaya mereka dapat membantu kerajaan bagi mencapai hasrat itu.

Annuar berkata, beliau mendapati operator telekomunikasi tempatan membuat keuntungan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu katanya, beliau melihat kementerian ini sebagai komponen penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Saya menyahut cabaran diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu melihat pencapaian awal bagi setiap kementerian dalam tempoh 100 hari,” katanya.

Katanya, beliau juga akan mengambil masa seminggu ke dua minggu bagi mendengar taklimat dan penerangan berhubung ruang lingkup kementerian ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN