PINTAR gesa tangani kegawatan politik dengan cermat

Tangani kegawatan politik dengan cermat

MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegawatan politik yang melanda negara sekarang ini perlu ditangani dengan cermat dan bijaksana, dan desakan supaya Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dilihat suatu tindakan yang tidak tepat.

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, ini merupakan satu keputusan yang tidak adil kepada Muhyiddin yang telah banyak berkorban kepada kerajaan.

“PINTAR dan sebahagian besar ahli-ahli akademik seluruh negara berdiri teguh menyokong kepemimpinan Muhyiddin dan kami mahu agar beliau terus mengemudi negara sebagai Perdana Menteri sehingga penggal ini tamat atau sehingga waktu sesuai bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Apa yang berlaku hanyalah kekhilafan dalam proses dan bukannya penentangan terhadap nasihat Yang di-Pertuan Agong.

“Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan masalah dalam hubungan kerajaan dengan Istana Negara maka bolehlah difikirkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ditukarkan ke portfolio lain dalam rombakan kecil Kabinet yang boleh memperkukuhkan kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Roslan berkata, PINTAR turut mencadangkan supaya kerajaan dapat menguruskan hubungan dengan istana terutama dengan Agong dapat dilakukan secara diplomasi, dengan adab dan kesopanan.

“Kenyataan media terbuka dari pihak Perdana Menteri adalah perlu untuk menjelaskan keadaan ekoran kenyataan media terbuka Istana Negara,” katanya.

Tambahnya, adalah perlu bagi pihak kerajaan akur terhadap titah Agong sepertimana yang tercatat dalam kenyataan media Istana Negara supaya Ordinan Darurat diungkaikan secara rasmi di Parlimen pada satu waktu yang sesuai bagi memastikan keharmonian politik dan pemerintahan negara berterusan dan perjalanan pentadbiran negara dapat berjalan lancar.

“Kami percaya sebarang isu yang timbul boleh diselesaikan melalui kaedah perbincangan dan perundingan di antara pihak-pihak yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.