Teruskan doa agar Takiyuddin cepat sembuh akibat serangan jantung - Utusan Malaysia

Teruskan doa agar Takiyuddin cepat sembuh akibat serangan jantung

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah selamat menjalani pemeriksaan susulan masalah kesihatan jantung yang dialaminya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi laman sosial Facebook setelah menghubunginya sebentar tadi.

“Saya baru menghubungi Datuk Seri Takiyuddin Hassan pagi ini. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau maklumkan doktor telah siap memasang sten di saluran yang tersumbat.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dijangka akan keluar dalam sehari dua ini. Teruskan doa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Takiyuddin dilaporkan telah masuk ke hospital pada Jumaat lalu.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia pagi tadi, ia dipercayai akibat masalah kesihatan jantung dialami Setiausaha Agung Pas itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

Turut dilaporkan, Takiyuddin telah masuk ke sebuah hospital di Lembah Klang iaitu Pusat Perubatan IHEAL, bersebelahan dengan Mid Valley, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya