Sultan Selangor dukacita ahli politik tak belajar dari sejarah - Utusan Malaysia

Sultan Selangor dukacita ahli politik tak belajar dari sejarah

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peringatan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya tidak terlalu banyak berpolitik serta merebut kuasa dan kedudukan sehingga melupakan tanggungjawab utama untuk membela nasib rakyat.

Baginda tidak dapat menyembunyikan rasa dukacita dan kesal apabila melihat pergolakan, pertelagahan dan ketidaktentuan politik negara.

“Nampaknya ahli-ahli Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah negara akibat perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.

“Tidakkah ahli-ahli Yang Berhormat sedar bahawa apabila pemimpin-pemimpin politik berebut kuasa dan keadaan politik menjadi tidak stabil maka rakyat yang terpaksa menanggung kesusahannya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Perasmian Persidangan Dewan Negeri Selangor Ke-14 hari ini.

Baginda bertitah, pemimpin-pemimpin politik perlu turun padang membantu rakyat yang berada di dalam kesusahan dan menderita di saat negara dan dunia berhadapan dengan gejala wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN