Sudah berlagak ke? - Utusan Malaysia

Sudah berlagak ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ini bukan kali pertama Poklip dengar cerita kurang manis tentang penyanyi wanita ini. Tetapi Poklip susah hendak percaya. Bukan apa, dia kalau bercakap dengan Poklip memang penuh santun.

Malah, dia juga periang dan sangat suka berseloroh. Jadi bila dengar ada orang cakap dia semakin berlagak, sebolehnya Poklip tak mahu terus percaya. Kena selidik dan bertanya, apa cerita sebenarnya.

Baru-baru ini, ada rakan media mengadu kurang berkenan dengan sikap penyanyi itu. Katanya, dia sukar untuk dihubungi. Ada sahaja alasan yang diberi. Sibuklah, ada kerjalah. Ibaratnya, 24 jam dia penuh dengan kerja.

Sebelum ini pun Poklip dengar cerita sama. Tetapi bila Poklip cuba hubungi penyanyi itu, tidak ada pula, malah panjang perbualan kami. Sempat juga Poklip siapkan satu artikel hasil perbualan itu.

Tetapi kali kedua dengar dakwaan sama, Poklip cuba sekali lagi menghubungi penyanyi itu. Tak sampai satu jam, dia membalas. Jadi Poklip sendiri tidak faham isu sebenar. Mungkin betul dia sibuk?

Tapi Poklip pun sempat nasihat penyanyi tersebut. Jangan sombong dan terus berjiwa hamba. Perangai berlagak ini tak bawa kita ke mana-mana. Jangan rasa diri hebat dengan pencapaian yang ada.

Belajar untuk hormat orang dan jangan bersikap dingin dengan sesiapa pun. Takut membawa kepada gerakan kebencian. Esok lusa bertemu juga. Tapi kena tunggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dulu lah kan? Hihi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya