Siti Sarah selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Siti Sarah selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 36, selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, hari ini.

Terdahulu, jenazah dikafan dan dimandikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sebelum dibawa ke tanah perkuburan dengan van jenazah.

Hadir sama adalah pelawak terkenal yang juga suami penyanyi itu, Shahmira Muhammad atau Shuib Sepahtu yang lengkap menyarungkan peralatan perlindungan diri (PPE).

Difahamkan proses pengebumian dikendalikan Pasukan Pengurusan jenazah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)

Penyanyi kesayangan ramai ini menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di HCTM.

Allahyarham yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 6 Ogos lalu akibat oksigen dalam badan tidak stabil terpaksa ditidurkan pada Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya