Sistem digitalisasi kurangkan kesesakan di CAC Pasir Gudang

Sistem digitalisasi kurangkan kesesakan di CAC Pasir Gudang

KEHADIRAN kontak rapat dan pesakit Covid-19 tanpa janji temu dipercayai menjadi punca utama kesesakan di CAC Pasir Gudang, Johor. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kehadiran kontak rapat kepada pesakit Covid-19 yang hadir tanpa janji temu dipercayai menjadi punca utama kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Pasir Gudang, di sini sejak kebelakangan ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, purata harian kes positif yang hadir ke CAC adalah sekitar 800 sehingga 1,000 sehari, manakala purata kontak rapat yang hadir adalah 1,000 hingga 1,200 sehari dengan jumlah harian sebanyak 3,000 sehari.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil maklum berkaitan isu kesesakan di CAC Pasir Gudang. Justeru itu bagi mengatasi masalah itu, JKNJ telah melaksanakan sistem digitalisasi bagi mengurangkan keberadaan di CAC.

“Penilaian Covid-19 secara maya atau Virtual Covid-19 Assessment Centre (VCAC) juga dilakukan bagi memudah cara pengurusan pesakit positif Covid-19 serta pencarian kontak di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Vidyananthan, kira-kira seramai 15,000 individu telah menggunakan VCAC sejak ia diguna pakai pada 15 Mei lalu.

Jelasnya, sesiapa yang telah disahkan positif sama ada saringan kendiri atau di klinik dan belum dirawat, perlu mengakses pautan https://tinyurl.com/vcacjohor

“Melalui sistem ini, mereka akan dihubungi oleh petugas kesihatan dalam tempoh 48 jam. Pesakit diminta untuk tidak hadir terus ke CAC tanpa sebarang janji temu.  Sekiranya semasa dalam tempoh menunggu, gejala semakin teruk, sila hubungi 999 bagi bantuan segera,” katanya.

Beliau berkata, semua pesakit yang datang ke CAC sepatutnya perlu melakukan janji temu namun pihak CAC menerima pesakit-pesakit yang bersimptomatik dan teruk apabila mereka ‘walk in’ ke CAC. 

Katanya, orang ramai yang bukan kontak rapat juga dinasihatkan untuk tidak pergi terus ke CAC, sebaliknya boleh membuat saringan kendiri atau pergi ke klinik-klinik berhampiran sama ada swasta atau kerajaan jika bersimptom.

“Selain itu, terdapat juga klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan sebagai Klinik CAC, di mana pesakit boleh mendapatkan penilaian status kesihatan di samping pemasangan dan pemotongan gelang,” katanya.

Senarai Klinik CAC swasta tersebut (CAC GP) boleh diakses di http://tinyurl.com/cacswasta. 

Setakat ini, sebanyak 11 CAC GP yang masih beroperasi di Johor, bagi maklumat lanjut berkaitan pengurusan pesakit Covid-19, boleh layari e-book berikut sebagai panduan di http://online.anyflip.com/bkdyk/bbdd/mobile/index.html. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN