Israel dakwa bunuh 30 pegawai kanan, 11 saintis nuklear Iran

Israel dakwa bunuh 30 pegawai kanan, 11 saintis nuklear Iran

iran
Gambar yang disediakan oleh Bulan Sabit Merah Iran pada 23 Jun 2025 menunjukkan poster yang mengandungi potret tiga warga Iran, yang terbunuh pada 22 Jun selepas ambulans diserang oleh Israel di tengah Iran, - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel mendakwa membunuh lebih 30 pegawai kanan keselamatan dan 11 saintis nuklear Iran, dalam usaha melemahkan program nuklear negara itu.

Seorang pegawai kanan tentera Israel menyatakan jumlah itu ketika merumuskan kempen perang udara selama 12 hari ke atas Iran semalam, lapor Reuters.

Serangan yang dicetuskan pada 13 Jun lalu, didakwa menyebabkan kerosakan besar terhadap sistem pertahanan udara Iran dan melemahkan keupayaan negara itu untuk bertindak balas pada waktu awal konflik.

Menurut pegawai itu, tentera udara Israel menyerang lebih 900 sasaran dan berjaya melumpuhkan keupayaan Iran menghasilkan peluru berpandu sepanjang tempoh konflik berakhir dengan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS).

“Projek nuklear Iran mengalami tamparan hebat, keupayaan rejim untuk memperkaya uranium sehingga 90 peratus dinyahatifkan untuk tempoh yang panjang.

“Keupayaan semasa mereka untuk menghasilkan teras senjata nuklear telah dineutralkan,” dakwa pegawai tersebut.

Iran yang menafikan dakwaan cuba membangunkan senjata nuklear, membalas serangan Israel dengan tembakan peluru berpandu ke atas lokasi ketenteraan dan bandar utama negara haram itu.

Pihak berkuasa Iran berkata, mereka berjaya menamatkan perang dengan menembusi sistem pertahanan Israel.

Menurut pihak berkuasa Iran, seramai 627 orang terbunuh di negara sepanjang konflik, namun tahap kerosakan tidak dapat disahkan secara bebas berikutan sekatan ketat terhadap media.

Israel pula mendakwa hanya 28 orang terbunuh.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengarahkan tentera untuk merangka pelan strategik baharu bagi menghadapi ancaman dari Iran.

Ini termasuk usaha mengekalkan penguasaan udara, menyekat kemajuan nuklear dan peluru berpandu Teheran serta membendung sokongan Iran terhadap operasi kumpulan pejuang yang menyasarkan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×