'Semangat saja tidak cukup' - Utusan Malaysia

‘Semangat saja tidak cukup’

SERGIO Aguero (kanan) tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semangat semata-mata tidak cukup untuk memenangi perlawanan.

Itulah yang berlaku dalam perlawanan Liga Super antara Perak dengan Selangor di Stadium Perak, semalam.

Dalam perlawanan itu, pemain tuan rumah berjaya memberi saingan kepada gergasi Lembah klang itu selama 41 minit sebelum rebah melalui dua jaringan lawan dalam tempoh tiga minit.

“Pemain Perak berjaya memberi saingan selama 40 minit dan sepatutnya menjaring satu gol .

“Malangnya peluang itu gagal disudahkan. Selepas itu Selangor menjaring dua gol gara-gara kesilapan kami di penghujung babak pertama, ini menjatuhkan semangat.

“Kami cuba bangkit pada separuh kedua tetapi mereka menambah jaringan melalui penalti,” kata pemangku ketua jurulatih, Mohd. Shahril Nizam Khalil selepas perlawanan.

Shahril mengakui hakikat Perak tidak memiliki bahan untuk menjadi pencabar yang kuat.

“Yang ada cuma semangat juang kental tetapi ia tidak mencukupi bagi memenangi perlawanan,”katanya.

Namun jurulatih itu belum menyerah kalah dalam usaha memburu kemenangan dalam baki tiga perlawanan.

“Perjuangan diteruskan hingga ke akhir dan baki tiga perlawanan ini menjadi medan pertaruhan penentuan hala tuju Perak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN