JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang maut dalam gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter yang melanda Laut Maluku Utara berhampiran pulau Ternate, Indonesia, awal hari ini. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa itu turut mencetuskan amaran tsunami kepada negara jiran di Asia Tenggara, dengan gempa susulan mencecah 5.0 skala Richter. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) memaklumkan, ombak tsunami setinggi 0.3 meter direkodkan di Halmahera dan 0.2 meter di Bitung.…










