'Saya terkejut lihat keadaan PPV sesak dengan warga asing' - TPM - Utusan Malaysia

‘Saya terkejut lihat keadaan PPV sesak dengan warga asing’ – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“PETALING JAYA: “Saya terkejut melihat video keadaan di PPV (Pusat Pemberian Vaksin) Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP (prosedur operasi standard)”.

Demikian jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai video yang tular menunjukkan ratusan warga asing yang berpusu-pusu mendapatkan vaksin secara ‘walk in’.

Mereka didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal.

“Saya harap pihak penguat kuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh menyebabkan penularan wabak.

“Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak polis supaya kejadian ini dapat ditangani segera,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN