Rundingan perolehan vaksin Pfizer bagi bekalan 2022 sudah bermula - Utusan Malaysia

Rundingan perolehan vaksin Pfizer bagi bekalan 2022 sudah bermula

KHAIRY Jamaluddin dalam sidang akhbar mingguan CITF hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengesahkan sudah mengadakan rundingan bagi perolehan vaksin jenis Pfizer untuk pembekalan tahun 2022 namun, harga belum lagi dimuktamadkan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, rundingan baru sahaja bermula dan harga jualan belum dimaklumkan yang akan ditawarkan Pfizer.

“Apabila sudah dimuktamadkan (harga dan perolehan), saya akan maklumkan sama ada harga itu kekal sama atau telah berubah,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Khairy berkata, beliau juga sudah membentangkan perolehan vaksin itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sebelum ini, firma Pfizer Inc. dan Moderna Inc. dilaporkan menaikkan harga dos vaksin Covid-19 keluaran mereka dan kenaikan harga itu terkandung dalam kontrak pembelian terbaharu Kesatuan Eropah (EU).

Difahamkan, satu dos vaksin Pfizer kini berharga 19.50 euro (RM97.65) naik daripada harga sebelumnya iaitu 15.50 euro (RM77.62).

Bagi vaksin Moderna pula, harga baharu bagi satu dos adalah sebanyak 25.50 euro (RM127.70), berbanding harga lama sewaktu kontrak perbekalan mula dimeterai iaitu sebanyak 19.00 euro (RM95.15) bagi satu dos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN