RM44.4 juta kontrak selenggara jalan diagihkan - Utusan Malaysia

RM44.4 juta kontrak selenggara jalan diagihkan

HASNI Mohammad (kiri) membuat cabutan undi secara maya untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri Johor di Bangunan Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Centre for Construction Development (JCCD) mengagihkan 396 pakej untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri melibatkan peruntukan RM44.4 juta menerusi Program Kongsi Kerja.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, program itu dibahagikan kepada empat fasa dengan fasa pertama dilaksanakan di Johor Bahru manakala fasa seterusnya di beberapa daerah lain.

Katanya, dalam program itu, kerajaan negeri menerusi JCCD mewujudkan inisiatif Skim Kerja Harian (SKH) secara one-time bagi individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ekoran pandemik Covid-19, ramai yang hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja oleh pihak majikan.

“Justeru, inisiatif ini bakal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang terkesan menjadi tenaga kerja mahir dan bukan mahir,” katanya ketika berucap dalam Program Kongsi Kerja, Tawar Peluang Lebih Baik Kepada Kontraktor Johor secara maya di Bangunan Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini hari ini.

Kata Hasni, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan industri pembinaan di negeri itu akan terus memberi peluang serta pendedahan kepada rakyat tempatan sebagai tenaga kerja yang berkemahiran dan tidak hanya menggunakan tenaga buruh dari negara jiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya