Nadia Brian bimbang imej penyondol terus melekat - Utusan Malaysia

Nadia Brian bimbang imej penyondol terus melekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Brian bimbang apabila kerap diberikan watak antagonis, khususnya karakter wanita perampas kebahagiaan rumah tangga atau lebih dikenali sebagai penyondol, sehingga khuatir imej berkenaan terus melekat pada dirinya.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, bagaimanapun menganggap setiap watak yang diberikan memerlukan usaha dan penghayatan tersendiri meskipun karakter yang dibawakan sering mempunyai persamaan.

Menurutnya, dia tidak mahu terus dilabel sebagai pelakon yang hanya mampu membawa watak antagonis kerana yakin mempunyai kemampuan untuk menjayakan pelbagai karakter lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terlalu kerap dapat watak penyondol. Takut sebenarnya jadi badi.Tapi sebenarnya watak-watak sebegitu memerlukan usaha yang lebih. Saya rasa saya antara artis yang konsisten dapat watak yang seakan sama.

“Saya boleh buat lebih daripada watak itu. Watak yang tidak perlu memakai solekan pun saya boleh bawa,” katanya.

Nadia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Telefilem Like & Latte yang berlangsung di Eleventea, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut menyimpan hasrat untuk mencabar kemampuan lakonannya menerusi watak biopik yang disifatkan sebagai peluang meneroka sisi berbeza dalam dunia lakonan.

“Saya teringin nak bawa watak biopik. Macam contoh Mahsuri,” katanya.

Mengulas mengenai komitmennya dalam menjayakan sesuatu karakter, Nadia mengakui tidak keberatan menggunakan wang sendiri bagi memastikan penampilan watak yang dibawakan kelihatan lebih realistik dan bersesuaian dengan tuntutan skrip.

Malah, dia mendedahkan kebanyakan pakaian yang digayakan ketika menjalani penggambaran merupakan koleksi peribadinya sendiri.

Menurut Nadia, sebahagian daripada pendapatan hasil lakonan turut diperuntukkan bagi menyediakan pakaian yang bersesuaian untuk babak tertentu.

“Saya tak kisah untuk keluarkan duit sendiri bagi menjayakan watak yang dibawa. Apa yang saya pakai masa penggambaran adalah kebanyakannya daripada baju saya sendiri.

“Duit gaji yang saya dapat, saya akan asingkan untuk pakaian bagi beberapa babak yang memerlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini