Rina Harun memasuki kediaman PM - Utusan Malaysia

Rina Harun memasuki kediaman PM

KENDERAAN yang membawa Rina Harun memasuki ke kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan dipercayai membawa Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun masuk ke pekarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara di sini hari ini.

Kenderaan jenis Vellfire berwarna hitam itu tiba di sini kira-kira pukul 10.03 pagi.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan perkembangan yang berlaku berikutan penarikan sokongan UMNO daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Semalam, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang berlangsung secara maya.

Katanya, MT UMNO sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.