Razlan letak jawatan ahli LTAT - Utusan Malaysia

Razlan letak jawatan ahli LTAT

bersatu
MOHD. RAZLAN RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafii mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tentera (LTAT), hari ini. 

Mohd. Razlan berkata, ia sebagai mentaati keputusan partinya yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Katanya, UMNO sebagai parti yang menjunjung kedaulatan raja-raja Melayu dan meletakkan keutamaan kepada rakyat tidak akan mensia-siakan nasib rakyat yang sedang diabaikan oleh perdana menteri.

“Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri (Timbalan Perdana Menteri) yang sudi melantik saya sebagai ahli LTAT. 

“Saya ucapkan terima kasih dan kepada semua pihak dan kepada semua warga kerja LTAT yang selama ini memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya,” katanya. 

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN