Rakyat perlu lebih prihatin terhadap kebersihan alam sekitar - Utusan Malaysia

Rakyat perlu lebih prihatin terhadap kebersihan alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini, syarikat konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyeru orang ramai memerdekakan minda masing-masing daripada sikap kurang prihatin terhadap kebersihan alam sekitar.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, seruan terutama buat penduduk di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor itu mengambil kira peningkatan jumlah janaan sisa pepejal setiap tahun yang amat membimbangkan.

“Semua rakyat perlu bersama-sama memerdekakan minda daripada sikap kurang prihatin terhadap kebersihan alam sekitar dan mengubah kelakuan kepada yang lebih positif melalui pengurusan sisa pepejal secara berhemah.

“Melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca, amalan kitar semula 3R iaitu Reduce, Reuse & Recycle (3R) dan turut mengambil tanggungjawab dalam memastikan kebersihan alam sekitar dan negara kita sempena sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya