Raih pingat perak, PM ucap tahniah kepada Jong Yee Khie - Utusan Malaysia

Raih pingat perak, PM ucap tahniah kepada Jong Yee Khie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Jong Yee Khie meraih pingat perak dalam acara powerlifting 107 kilogram (kg) lelaki mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menghargai usaha Yee Khie dalam mengharumkan nama negara.

“Perak untuk Malaysia! Terima kasih Jong Yee Khie kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat perak bagi acara powerlifting kategori 107kg lelaki dengan angkatan seberat 237kg.

“Anda telah berjaya menyahut cabaran untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar di bumi Tokyo. Penghargaan yang sama buat jurulatih dan seluruh kontinjen Malaysia,” kata Ismail menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Yee Khie meraih pingat perak setelah berjaya mengangkat bebanan 237kg pada angkatan kedua.

Peserta pilihan yang juga pemegang rekod dunia, Enkhbayar Sodnompiljee dari Mongolia membawa pulang emas menerusi angkatan 245kg, manakala atlet Iran, Razi Saman meraih gangsa dengan 231kg.

Ini pingat kedua diraih kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas acara powerlifting 72kg lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN