PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dengan pelantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Beliau merakamkan ucapan penghargaan junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh Raja-Raja Melayu.
“Syukur Alhamdulillah, tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










