Yakin Ismail Sabri teruskan kesinambungan dasar kerajaan PN - Utusan Malaysia

Yakin Ismail Sabri teruskan kesinambungan dasar kerajaan PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan STAR berdiri teguh bersama Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN yakin pelantikan beliau dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan PN terutamanya memulihkan negara daripada impak Covid-19 dengan segera.

“PN menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kita percaya pelantikan beliau dapat menghentikan kemelut politik sebelum ini dan menyatupadukan semua pihak untuk kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat terutamanya dalam pembentukan sebuah kerajaan yang stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, PN pada masa sama merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai tampuk pemerintahan negara dengan amanah, cekal dan beristiqamah.

Katanya, semua program bantuan rakyat, pakej rangsangan ekonomi termasuk perbelanjaan pengurusan Covid-19 yang diluluskan Muhyiddin merupakan bukti keprihatinan beliau yang akan selamanya tercatat dalam sejarah negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN