PN serah calon TPM kepada Ismail Sabri, Muhyiddin - Utusan Malaysia

PN serah calon TPM kepada Ismail Sabri, Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung sebentar tadi.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hal itu akan akan ditentukan menerusi perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin nanti.

“Kami tak bincang (jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet), kita serah kepada pengerusi PN (Muhyiddin) untuk tentukan dan bincang dengan Perdana Menteri.

“Pengerusi akan bincang dengan Perdana Menteri (senarai barisan Kabinet) dan saya percaya Perdana Menteri akan buat keputusan betul,” katanya selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi PN yang dipengerusikan Muhyiddin di Publika, hari ini.

Antara pemimpin dilihat hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung STAR, Datuk Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.

Beliau pada masa sama enggan mengulas sama ada calon Timbalan Perdana Menteri itu daripada Bersatu.

“Yang penting satu Kabinet dibentuk daripada satu pasukan untuk selamatkan negara keluar daripada kemelut yang kita alami,” katanya tanpa ingin mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, Ahmad Faizal memaklumkan, mesyuarat hari ini sebulat suara menyokong barisan kerajaan yang akan dibentuk Ismail Sabri.

“Kami juga akan meneruskam usaha kesiapsiagaan PN untuk hadapi pilihan raya umum, jentera parti dan kerjasama parti komponen akan diperkukuh,”katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.