PM seru rakyat pupuk tema ‘Malaysia Prihatin’ dalam diri - Utusan Malaysia

PM seru rakyat pupuk tema ‘Malaysia Prihatin’ dalam diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua rakyat Malaysia untuk mendalami tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin dan memupuk sifat prihatin dalam setiap diri masyarakat.

Perdana Menteri berkata, apabila rakyat bersifat prihatin, mereka akan simpati dengan kesusahan orang lain.

Malah kata beliau, setiap rakyat akan menjaga keselamatan dan kesihatan komuniti serta bersatu hati memerangi musuh negara apabila bersikap prihatin.

“Malaysia Prihatin itulah tema Hari Kebangsaan tahun ini. Bagi saya, prihatin ini satu sifat yang kita inginkan dalam diri setiap ahli masyarakat kita. Bila kita prihatin, kita empati dengan kesusahan orang lain. Bila kita prihatin, kita jaga keselamatan dan kesihatan komuniti kita. Bila kita prihatin, kita bersatu hati memerangi musuh negara.

“Kerana itu, saya menyeru agar kita dalami tema ini dan pupuk sifat prihatin dalam diri kita. Saya pasti dengan keprihatinan kita, Malaysia pasti dapat memutuskan rantaian Covid-19 dan terus kekal aman makmur. Selamat Hari Kebangsaan 2021,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ismail Sabri dalam perutusan khas sempena Hari Kebangsaan Ke-64 mengajak seluruh rakyat dalam satu Keluarga Malaysia membulat tekad untuk memulihkan negara sempena sambutan ke-64 kemerdekaan tanah air.

Perdana Menteri berkata, cabaran yang sedang dihadapi hari ini belum pernah ditempuh sebarang pemimpin dan kerajaan sebelum ini.

Beliau turut menyeru kepada Keluarga Malaysia agar segera mendapatkan vaksin sebagai salah satu ikhtiar pemulihan negara kerana imunisasi itu terbukti memberi impak positif terutamanya dalam usaha memerangi Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya