Kabinet: Perdana Menteri selesai menghadap Agong

(VIDEO) PM selesai menghadap Agong

ISMAIL Sabri Yaakob melambai tangan kepada petugas media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di sini kira-kira pukul 1.38 petang hari ini.

Perdana Menteri sempat melambai tangan kepada petugas media yang berada di luar pekarangan Istana Abdulaziz.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz kira-kira pukul 10.53 pagi, sebelum diikuti Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pukul 11.30 pagi.

Pertemuan antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berlangsung lebih kurang tiga jam.

Bagaimanapun, setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan yang berlangsung itu.

Namun, media difahamkan majlis menghadap Al-Sultan Abdullah itu mempunyai kaitan dengan proses menyembah maklum senarai cadangan Kabinet untuk diperkenankan oleh Seri Paduka.

Pada 23 Ogos lalu, Ismail Sabri ada memaklumkan barisan Kabinetnya akan diumumkan kepada rakyat dalam tempoh terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN