PJ City gagal jinakkan Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

PJ City gagal jinakkan Harimau Kumbang

PENYERANG Penang Sheriddin Boboev melakukan rembatan kencang untuk gol kedua tuan rumah dalam pertembungan menentang PJ City bagi aksi Liga Super malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penang FC (PFC) memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya City (PJ City) untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Skuad Harimau Kumbang berjaya menguasai babak pertama dengan menjaringkan dua gol masing-masing menerusi penyerang sensasinya Casagrande menerusi tandukan pada minit keempat, disusuli ledakan Sheriddin Boboev menjadikan kedudukan 2-0 di hujung babak pertama.

Memasuki babak kedua, skuad kendalian P.Maniam meningkatkan tempo permainan sehingga memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah.

Usaha pasukan pelawat untuk merapatkan jurang jaringan berhasil menerusi ledakan kapten pasukan Rajes Perumal pada minit ke-64.

PJ City terus menggandakan serangan untuk mencari gol penyamaan namun Penang berjaya mempertahankan kelebihan gol itu sehingga tamat perlawanan untuk memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.

Keputusan itu memberi kekalahan keenam berturut turut buat skuad yang membarisi sepenuhnya pemain tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya