PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengiktiraf peranan ahli parlimen pembangkang supaya dapat menggembleng tenaga dalam usaha bersama bagi membantu rakyat. Dalam kenyataan media bersama, Majlis Presiden PH berharap wujud beberapa reformasi dalam kerajaan yang memberi keutamaan kepada beberapa aspek penting termasuk wabak Covid-19, krisis ekonomi dan kemelut politik. “Reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak…









