Perutusan khas PM pukul 3 petang - Utusan Malaysia

Perutusan khas PM pukul 3 petang

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyampaikan perutusan khas pada pukul 3 petang ini.

Menurut sumber, perutusan itu membabitkan perkembangan politik negara sejurus selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Seri Paduka di Istana Negara.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md.Yusof mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Nasib Muhyiddin dan masa depan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terumbang-ambing ekoran 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan sekali gus menyebabkan blok kerajaan hilang majoriti untuk menguasai kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya