Perhimpunan Dataran Merdeka: Polis terima dua laporan, pihak berkaitan akan dipanggil - Utusan Malaysia

Perhimpunan Dataran Merdeka: Polis terima dua laporan, pihak berkaitan akan dipanggil

Ahli Parlimen yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka Ogos lalu memohon pengurangan bayaran kompaun atas kesalahan melanggar SOP. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil individu-individu berkaitan yang terlibat dalam perhimpunan di sekitar ibu negara selepas usaha memasuki Bangunan Parlimen dihalang pihak polis, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ini susulan dua laporan polis diterima pihaknya setakat ini berhubung perhimpunan tersebut.

Katanya, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kita akan jalankan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu, pihaknya mendapat maklumat awal bahawa ada pihak akan mengadakan perhimpunan, ‘Solidariti Bersama Anwar’ di Parlimen hari ini.

“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati tiada persidangan di bangunan terbabit jadi sekatan dan lencongan dibuat polis bagi tidak membenarkan kenderaan atau individu memasuki masuk ke kawasan Parlimen,” katanya.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka kira-kira pukul 10 pagi setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.

Turut kelihatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN