KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke kediamannya di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara pada pukul 2.36 petang.
Kenderaan membawa perdana menteri tiba dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah Muhyiddin membuat perutusan khas tengah hari tadi.
Muhyiddin dalam perutusannya itu menyatakan masih mempunyai majoriti dan bakal ditentukan di Parlimen.
Ia dipercayai berikutan UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin. – UTUSAN ONLINE










