Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa - Utusan Malaysia

Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa

MUHYDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

Malah Perdana Menteri berkata, beliau juga akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa kini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

“Begitu juga menerusi bantuan-bantuan yang sudah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan supaya terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh,” katanya katanya dalam Perutusan Khas hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya