Peniaga pasar malam semakin tertekan, tagih simpati

Peniaga pasar malam tagih simpati

ZAFREE Zahar terpaksa menjual burger secara ‘bidan terjun’ disebabkan pasar malam masih belum dibenarkan beroperasi ketika ditemui di Taman Megah, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penutupan operasi pasar malam sehingga hari ini telah menyebabkan peniaga semakin tertekan dan tidak mempunyai pendapatan berikutan hampir empat bulan mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.

Mereka merayu supaya kerajaan dapat membuka semula ope­rasi pasar malam dengan pe­matuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat supaya dapat mencari sesuap nasi dan tidak terus menanggung kerugian yang besar.

Seorang peniaga, Riyan Jai­lani, 27, berkata, dia semakin bun­tu kerana duit simpanan se­makin berkurangan dan harapan untuk kembali meneruskan perniagaan juga tipis berikutan jumlah kes Covid-19 yang terus bertambah.

RIYAN JAILANI

Katanya, dia yang menjalankan perniagaan menjual bara-ngan seperti beg, tali pinggang, topi, dompet dan sebagainya ma­sih mempunyai stok bara­ngan yang tidak dijual sebanyak RM5,000 selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Menurut Riyan, disebabkan tiada sebarang pekerjaan dapat dilakukan, dia membantu rakannya Ady Ramli Mustafa, 45, menjual makanan seperti nasi wok, nasi kerabu, kuih-muih dan air balang.

“Dapatlah upah antara RM20 hingga RM30 sehari bergantung kepada jualan untuk saya meneruskan kelangsungan hidup pada ketika ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Jalan Mohd. Salleh, semalam.

Tambah Riyan yang menjalankan perniagaan pasar malam di Bandar Pontian, dalam seming­gu hanya dua kali atau lapan se­kali sebulan untuk peniaga se­pertinya menjalankan perniagaan.

Seorang lagi peniaga, Zafree Zahar, 29, pula kini terpaksa menjalankan perniagaan menjual burger secara ‘bidan terjun’ kerana sudah tidak tahu cara mencari pendapatan disebabkan pasar malam masih tidak lagi beroperasi.

Katanya, ramai peniaga pasar malam kini menjalankan perniagaan yang lain seperti menjual buah-buahan, makanan atau menjual air balang kerana mereka tiada lagi sumber pendapatan.

“Saya memilih menjual bur-ger ini kerana perniagaan lain ba­nyak persaingan dan mempunyai sedikit pengalaman membuatnya walaupun sudah tidak lama melakukannya,” katanya yang berniaga sementara di Taman Megah.

Dia yang menjual pelbagai barangan seperti baju, jersi, tuala dan barangan keperluan harian juga menanggung bayaran kenderaan bulanan sebanyak RM650 yang perlu dijelaskan apabila sampai masanya.

Katanya, walaupun hanya mampu memperolehi RM50 sehari hasil jualan burger, namun ia cukup untuk menampung perbelanjaan harian bersama isterinya.

“Kami merayu simpati kepada kerajaan untuk membenarkan peniaga menjalankan perniagaan kerana kami juga mempunyai keperluan dan tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN