Penganggur belanja guna wang palsu dipenjara 18 bulan - Utusan Malaysia

Penganggur belanja guna wang palsu dipenjara 18 bulan

MUHAMAD FIZWAN Norruhadi (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan wang palsu di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Cubaan seorang penganggur menggunakan wang palsu untuk membeli nasi dan rokok membawa padah apabila dikenakan hukuman penjara 18 bulan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini.

Tertuduh, Muhamad Fizwan Norruhadi, 34, mengaku bersalah di hadapan hakim, Siti Aminah Ghazali atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, Muhamad Fizwan didakwa menggunakan sekeping wang kertas bernilai RM100 yang palsu sebagai tulen untuk membeli sebungkus nasi berharga RM5.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah gerai makan di Beserah, dekat sini.

Dalam pada itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa membeli sekotak rokok berharga RM12 di sebuah kedai serbaneka, Indera Mahkota 3.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 9.30 pagi dan 3.18 petang, 21 Ogos lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika prosedur pendakwaan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana mempunyai tanggungan bapa berusia 64 tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwara Raya Sharifah Nursyuhada Tuan Mamat memohon hukuman setimpal diberikan kepada  tertuduh sebagai pengajaran dan kepentingan awam.

Dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi pertuduhan pertama dan penjara 18 bulan bagi pertuduhan kedua.

Hukuman itu berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap 23 Ogos lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya