Pencapaian PN, Muhyiddin cemerlang - Utusan Malaysia

Pencapaian PN, Muhyiddin cemerlang

MUHYDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan telah memikul tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dengan cemerlang walaupun dalam keadaan negara yang tidak menentu.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, Muhyiddin dan barisan Kabinetnya berjaya merancang serta melaksanakan beberapa strategi besar termasuk yang terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Walaupun mandat yang digalas dalam suasana negara berperang dengan pandemik Covid-19, menerusi kesungguhan dan kecekalan beliau, pentadbiran negara berjaya dipacu dengan baik.

“Ini sekalipun diganggu-gugat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan. Keadaan negara dapat dikawal serta rakyat dapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abdullah, antara kecemerlangan ditunjukkan termasuklah pelaksanaan program vaksinasi yang telah diakui antara terbaik di dunia.

“Kami mendoakan agar Yang Berhormat (YB) sentiasa dalam perlindungan Allah dan istiqomah dalam mempertahankan prinsip menjaga keadilan dan kesejahteraan negara,” jelasnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas kerja kuat mereka dalam membantu pengurusan dan pentadbiran negara.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin memberitahu, walaupun tempoh pentadbiran kerajaan PN disifatkan tidak lama namun tetap cemerlang dan membanggakannya.

“Banyak kejayaan Pas dalam kerajaan yang berjaya dicapai dalam tempoh singkat, misalnya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar yang telah dianugerahkan sebagai ‘The Best 7 Asia Forest & Ecology Minister’ sekali gus mengharumkan nama negara.

“Seterusnya Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta bahagian kementeriannya juga telah berjaya menaikkan nilai eksport produk agrikomoditi melonjak 65 peratus kepada RM105 bilion bagi suku kedua 2021, berbanding hanya RM64 bilion bagi tempoh sama tahun lalu, satu rekod pencapaian yang terbaik dalam sejarah kementerian,” jelasnya.

Sungguhpun begitu katanya, terdapat beberapa sudut yang perlu ditambah baik dalam kementerian, berbekalkan pengalaman sedia ada pasti penambahbaikan dapat dilakukan sekiranya PN kembali memerintah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya