Pemuda OKU maut selepas hantar makanan - Utusan Malaysia

Pemuda OKU maut selepas hantar makanan

ORANG ramai membantu mengangkat mayat Nik Muhammad Haikal Nik Zulkifli yang kemalangan di Jalan Tengku Mizan berhampiran Kampung Tebauk di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penghantar makanan orang kurang upaya (OKU) kategori bisu dan pekak maut dalam kemalangan di Jalan Tengku Mizan, berhampiran Kampung Tebauk, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah hari itu, mangsa, Nik Muhammad Haikal Nik Zulkifli, 18, dari Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dikatakan dalam perjalanan ke pusat bandar selepas selesai menghantar pesanan di Batu Enam.

Bagaimanapun, motosikalnya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.

Impak pelanggaran menyebabkan Nik Muhammad Haikal tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh Perodua Kancil yang dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, abang mangsa, Nik Muhammad Hakim, 28, berkata, sejak Isnin lalu adiknya keluar bekerja lebih awal iaitu pada pukul 7 pagi berbanding kelaziman pukul 12 tengah hari.

Katanya, mangsa yang sudah lapan bulan menjadi penghantar makanan, sebelum ini bekerja di kedai runcit.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat  mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya