Pemilihan PM: Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung - Utusan Malaysia

Pemilihan PM: Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung

SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah  berkenan menyapa petugas media yang menunggu di dalam hujan dari kenderaan rasminya sejurus tiba di pintu utama Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, semalam. - UTUSAN AMIR KHALID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang berlangsung, di Istana Negara.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, tiba lebih awal di pintu utama di sini, pada pukul 2.10 petang. Baginda dilihat menaiki menaiki kereta jenis Audi diiringi beberapa motosikal polis dan kenderaan lain.

Ketibaan baginda disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, tepat pukul 2.30 petang tadi.

Ketibaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj menaiki kenderaan rasminya di pintu utama Istana Negara pada pukul 2.20 petang bagi menghadiri perbincangan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hadir dalam mesyuarat sama.

Hal itu berikutan, pintu utama Istana Negara sudah ditutup dan kelibat Raja-Raja Melayu selebihnya belum kelihatan.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hari ini dilihat sebagai proses akhir sebelum Seri Paduka menentukan pemimpin politik yang benar-benar layak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Petugas media menunggu dalam hujan semasa kehadiran Raja-Raja untuk menghadiri perbincangan khas di Istana Negara hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

Dilaporkan, Seri Paduka dijangka mendedahkan calon berkenaan daripada pelbagai parti politik selepas proses undian semua ahli Parlimen dilakukan dengan menyerahkan surat akuan kepada Istana Negara mengenai calon ketua kerajaan yang disokong mereka.

Semalam, Seri Paduka berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod, Ismail Sabri didakwa mendapat sokongan majoriti seramai 114 ahli Parlimen berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat 105 sokongan wakil rakyat.

Muhyiddin dan seluruh Kabinet baru-baru ini  menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Seri Paduka selepas 15 ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN